Friday, November 13, 2009

CV Appreciation Night~


25 Oktober 09, telah berlangsungnya satu program bagi menghargai jasa-jasa mereka yg bertungkus lumus menjayakan program Perkampungan Budaya Kuala Pilah, bertempat di Coliseum, Kulliyyah of Engineering yg dihadiri oleh peserta-peserta Perkampungan Budaya 09. Program ini turut dihadiri oleh Dr Akmal Khuzairy, Pn Norliza Che Hassan dan suami, Pn Rusnani dan Abg Nizam Impreza. Bertemakan "Orang Kampung", peserta-peserta diwajibkan berpakaian ala kampung. Memang tidak disangkal ahli-ahli unit kebudayaan UIAM memang kreatif dan 'sporting'. Ada yg berpakaian seperti orang kampung kaya, ada juga yg berpakaian seperti YB. Program dimulakan dgn ucapan alu-aluan daripada Pn Norliza dan Dr Akmal dan seterusnya makan malam. Majlis makan malam diserikan dgn persembahan dari kumpulan yg menggelarkan diri mereka sebagai 'GREAT' di bawah pimpinan cikgu Ku Zahir. Mereka membawa beberapa buah lagu seperti Dia Datang, Gemuruh, Di manakan Ku Cari Ganti dan 'Nevermind'. Selepas itu, majlis telah menjemput Dr Akmal bg menyerahkan sijil dan cenderahati kepada wakil setiap biro yg terlibat dalam progran Perkampungan Budaya. Selepas selesai menyerahkan sijil-sijil, MC yg bertugas telah menjemput saudari Ika Syafiqah bg menyampaikan sajak secara spontan. Tahniah kepada saudari Ika Syafiqah kerana berani menyahut cabaran. Alhamdulillah program berjalan lancar, semua tetamu terhibur dan berpuas hati. Selepas keberangkatan VIPs, bermulalah aktiviti kekejaman yang ditunggu-tunggu. Permainan yg diberi nama kotak beracun dimainkan. Kejam.. memang kejam.. walaupun kejam, syukur kerana tiada yg tercedera atau mengalami kesulitan bernafas. Sorry geng, kami memang kejam.. muahahahahaha...


CV Appreciation Night~ - success!~

No comments:

Post a Comment