Tuesday, January 5, 2010

this is my 2cents

hello^^ ICU members...

1st time menapak kat sini, so saye dah bace sume posts. ermm senanye tak tau nk tulis ape tapi nak jugak nyemak kat sini (mbahahahahhahha)

as the title says, saye nk bg la siket komen dari pihak saye mengenai komen anda, si font hijau (i dont know ur name, so...yahh ^^' hehehe) bleyh ye ncik pencipta blog? kang klu xbleh ko delete je la post aku nih hahhaha (sentap nih sentap~)

i am partially understand and agree to what were ur intention and feelings when u wrote that down (believe me, i do know how u felt heehee). yelakan, kita perform sesungguh hati nih, tapi org komen plak yek? huhuhu xpatot tol depa tuh..bagi la sapot sikit kan?~~

haha however my dear bro/sis(?)
just like some people might think, "kita belajar dari kesilapan".. sometimes, bila a fren ke a stranger ke tegur pasal kesilapan kita, kita tersedar dari itu dan lantas kita ada sesuatu yg trigger kita ke arah yg lebih baik and HEBAT as u were saying in ur post. (wallaweyh....ayat aku buat sindri nih huhuhuhu)

saye nk bg contoh, it might sound tahpape tapi its true..
anda kenal x korean singer nama dia SEVEN (dia ni senior hebat kat YG pameli as in YG Family; dia senior kepada BIGBANG, 2NE1, etc)...ermm xkenai xpalah tihihihihi

ok Mr. 7 ni bleh dikatakan antara singer/entertainer terbaik dalam list kat korea and still berjuang di persada seni itu utk menjadi lebih baik dan baik (ayat aku yg xbey blah lagi~). ada satu benda yg Mr 7 ni pegang dalam hidup beliau, dia xakan puji kawan2/junior2 dia klu kawan2/junior2 dia tu dapat pengiktirafan or berjaya dalam seswatu. sebagai contoh, klu la junior dia dapat 1st kat carta lagu (which is, bukan senang kat korea nk dapat, bleh nanges kot singer tu klu dapat 1st), Mr7 xkan puji! dia komen lagi ada!

Mr7 kata dia xmau puji adik2 dia sebab dia nk mereka memperbaiki lagi kelemahan yg ada supaya mereka menjadi lebih baik, dats why dia koooooomen xbghenti...

so, kepada semua.. klu la ada sesiapa yg menegur kelemahan kita, kita terima saja lahhh...nk wat lagu manaaaa,dah mmg kita lemah, kita baru saja belajaq...xpala, biaq p la kat depa, depa nk komen kita. mana tau, disebabkan tu la sok lusa dia puji kita plak.. so, marilah kita berusaha ke arah yg lebih baik. hwaiting^^

ni hanyalah komen saye mengenai hal ini. bila kawan saya tunjuk blog ni kat saya aritu mengenai post anda, si font hijau, saya balik dan pikiaq pny pikiaq and tiba2 teringat nk say something. so, no offense! saya upload menda ni dgn rasa penuh rendah diri keyh hihi

"weyh nk kena tulis nama ka xpayah?"

AKTF ~ 동방신기 saranghae..miduhyo!!! mbahahahhahaha =D

Pesanan Penaja

Assalamualaikum...

Sebelum aku merepek, aku nak bgtau, aku jenis sound direct, xde kias2, xde bunga2, so sape xleh terima cara aku, minta maap awal2..

Selaku pencipta blog ni, nak habaq mai tujuan sebenar aku cipta blog ni iaitu utk update segala aktiviti ICU, biaq sume org tau info terkini ICU, bukan nak wat luahan perasaan, bukan nak tunjuk hero, bukan nak sentap2, touching2, gado2 dan segala benda2 yg negative la, FAHAM!!

Aku xmau sebab benda kecik, kita nak gado2, nak sentap2, sume dah besaq, ade otak, tau mane baik mana buruk, kalo yg terer tu tolong la ajo yg beginner, jgn tunjuk terer, n kalo yg beginner tu jgn cepat terasa n melatah, lantak pi la dorg nak cakap apa, kita masih belajar, belajar dr kesilapan, FAHAM!!

haih!!

p/s : aku akan delete post ni x lama lagi... so sila save dlm otak... FAHAM!!

Kita Adalah Keluarga

"tidak Allah jadikan kamu berpuak-puak dan berkaum-kaum hanyalah demi menjalinkan silaturrahim"

kita adalah satu keluarga ICU IIUM,jadi sebagai keluarga,kita sewajarnya menjadikan setiap kelab dan kumpulan yang ada dalam ICU IIUM ini sebagai medium untuk jalinan ukhuwwah dan juga silaturrahim yang pada pandangan saya nadi kekuatan yang kita sedang laungkan.

Pilihan untuk terus berpuak-puak dalam ICU adalah satu pilihan yang tidak tepat,dan saya rasa semua ahli ICU menyedari betapa objektif kewujudan ICU adalah amat murni,demi menjadikan cultural unit iium ini sebagai teras dan panji bersatunya penggiat seni di uia ni..

teguran dan komen boleh sahaja dilihat pada setiap segi,jika kita suka dengan teguran tersebut,kita akan melabel teguran itu sebagai teguran membina,jika kita tidak sependapat,kita boleh juga melabelkan teguran itu satu kritikan yang mahu menjatuhkan..walhal,pada asasnya, setiap yang dilontarkan hanyalah sekadar pandangan dan ulasan dari kacamata keluarga besar ICU IIUM.

Saya secara ikhlasnya melihat ini dalah satu keperluan bagi kita-"melihat dari semua sudut dan aspek yang membina", terkadang berkata benar walaupun pahit wajar sangat kita budayakan untuk melahirkan satu generasi ICU IIUM yang berkebolehan dari semua segi dan aspek.

Sebagai seorang penggiat seni budaya,secara peribadi, saya sudah mengukir nama diluar sana,bukanlah mahu membongkakkan diri dengan kenyataan tersebut,namun,saya masih melihat bahawa ICU IIUM sebagai medium untuk saya pertingkatkan diri demi menjulang nama UIA yang kita selalu katakan kita sayang padanya.

Jika kita mahu membina satu kumpulan tentera yang kuat dan utuh dari dalam dan luar pasukan,kita juga perlu menilai diri kita dari kacamata kawan dan lawan.

sepatutnya semua komen dan pandangan kita ambil sebagai satu aspek positif untuk membina seratus tapak kehadapan yang kita mulakan langkah pertama selama ini. Langkah pertama yang kita katakan kita mulakan tersebut mampukah menjadi jalan yang sama untuk generasi yang akan datang 10 tahun selepas kita?

Jadi,wahai semua ahli ICU IIUM, mari kita bergerak bersama, membina satu jenama yang tidak pernah wujud dalam semua budaya dunia..-Sang Saka