Saturday, December 26, 2009

aku memang tak hebat!

helo ICUs

at first i cam tak nmpk sgt ape gunenye blog ni to a person like me yg malas nak mengarang2...tapi sumthing happened bout half an hour ago and i teros rase cam nk muntahkan everything kat sini... as i said i tak reti sngt nk karang2 cite yg interesting tapi dis is just what i felt... ok, terus je kepada citenye..

a fren of mine perform kat satu show nih and dia upload gamba, and i'm proud of them because somehow show tu cam first-time la bg diorang..lebih kurang laa.. TAPI, xsampai half an hour later, ada sorg mamat ni (dia pny kawan la kot) komen kat pic tu saying kenape my fren ni ade wat salah and he also said nmpk sgt my fren ni xprepare..

...and i was like, wth dgn mamat ni tapi i tgk je la..not my fren pon kan.. and lepas tu, adela siket sesi balas2 komen antara my fren ni n lelaki itu. Nak pendekkan cite, lelaki itu cakap camni kat my fren..

"tu la ko..lom mendalami ilmu lg..ko duk uia kan..ape lg..cepat la pegi menuntut ilmu kat (adela he mentioned satu institusi pngajian muzik yg femes nih..cant mention here..kang nmpk sgt plak)"

lepas tu, xpasal2 he continued lg..

"takkan la aku taktaw pasal muzik ni..dh bape kali kat mktb aku asyik dak muzik je kene maen...jemu dh..."

and yeah i was pissed...i checked his profile later after that, and i ingatkan dia nih ade bachelor of music ke ape ke tapi xde plak maybe dia mmg dah ade talent semula jadi dalam music nih dat is why i think dia bleh cakap camtu kat org laen yg baru blaja...

Actually, i xfaham tau kenapa org lain nk merendah2kan org yg baru blaja or org yg xsehebat mana pon…suma manusia perlu hebat dlm satu jenis perkara je ke? Xkan…??

Rase cam nk maki je dat guy yg cakap camtu.. dude, my fren is a beginner laa..adoyai…

tapi I xdela rajin sgt nk gaduh2 ngan a stranger dalam web..

I was surprised, camni ke prangai SOME of people yg hebat dlm music? I pon xhebat, I admit I xhebat langsung playing the instrument and I mmg xhebat pon in music, I can’t even read music notes!! Tapi I bersyukur sbb dapat pegang and kenal music dgn lebih mendalam after I join ICU…

All I hope is give us org2 yg xhebat mcm u all a chance or space to learn by ourselves… ironically, I agree org2 yg hebat menjadi hebat because of an amazing effort they put to learn..but please, there are people in this world who need their own time and space to gain whut u could in just a short period of time..

Kinda boring story huh? Haha sorry..

Tetibe teringat kat satu show tu, I received a message from a fren (non-ICUs) after the show, he said, “nape hujung lagu tu cam lain macam je” and I was down at first coz I was wondering why people are looking for mistakes rather than enjoying the show??? Tapi, mmg I ada wat salah pon maybe sbb xcukup effort lah, xcukup training lah, xde kesungguhan lah mcm org2 sekeliling cakap (which is true pon) so I said to that fren of mine,

“hahaha tula pasal sorila, AKU MEMANG TAK HEBAT pon”


p/s: each person has their own way!! **asal cam emo je aku nih? huhuhu babai

Monday, December 21, 2009

UIAM masih wujud dalam arena Pantun Universiti

Alhamdulillah. Akhirnya Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia telah sampai ke kemuncaknya malam 13 Disember 2009. Majlis yang berlangsung selama 5 hari tersebut telah mengumpulkan seramai 1391 orang pelajar universiti dari 20 buah university seluruh negara. Antara pasukan yang mewakili UIA dalam pertandingan tersebut adalah pasukan PANTUN.

Pasukan pantun ini terdiri dari 4 orang anak seni yang telah bertungkus lumus berlatih dan mempersiapkan diri di medan juang Festkum 2009. Persiapan yang berlangsung selama hampir sebulan itu juga disertai oleh rakan-rakan cultural unit amnya dan khususnya poetry club.

Pasukan Pantun UIAM telah memulakan saingan pantun festkum 2009 pada 10hb disember, iaitu pada hari khamis. 15 buah university mengambil bahagian dalam acara ini. Semua pertandingan berpusat di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya.
Pada hari pertama, dengan busana warna keemasan (milik kelab calempong), pasukan UIAM telah mengharungi pusingan saringan 1, yang mempertemukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaysia Terenganu . pusingan ini ternyata berpihak kepada UIAM. Hari itu diteruskan lagi dgn saringan 2 dimana UIAM melawan Universiti Malaysia Perlis. Perlawanan yang sengit ini juga dimenangi oleh UIAM.

Saingan hari kedua diteruskan dengan pasukan UIAM bertemu pasukan pantun UITM. Alhamdulillah pasukan kita sekali lagi berjaya dan dengan ini tersenarai dalam pasukan yang tersenarai dalam top 8 yang akan bertanding kalah mati dalam pusingan suku akhir. Dalam pusingan suku akhir, pasukan UIAM dengan busana jingga kali ini, melangkah bergaya ke pusingan separuh akhir setelah sekali lagi mengahampakn pasukan UMT .

Hari terakhir saingan Pesta Pantun FEStKUM 2009 menemukan pasukan kita dengan pasukan handalan dari UPSI. Pemantun2 pemantun UPSI yang rata-rata adalah pemantun-pemantun senior yang lebih pengalaman dalam arena pantun MAKUM sedikit menggentarkan. Tetapi dengan semangat yang diberikan oleh semua ahli dan para penyokong, pasukan UIAM akhirnya berjaya mencapai target pasukan, iaitu untuk berlawan di pusingan akhir.

Pusingan akhir Pantun FEStKUM menyaksikan pasukan UIAM bertemu dengan ‘musuh tradisi’ dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan tuan rumah bersama FEStKUM 2009. Perlawanan diadakan di auditorium Kompleks Perdana Siswa UM, pada petang, hari yang sama. Pertandingan diserikan dengan kehadiran Ahmad Fetri Yahya, sebagai jurupantun yang sering menggamatkan dewan dengan aksi dan pantun-pantun yang mengusik para pemantun dan menonton yang hadir.

Keputusan yang rasmi telah diumumkan pada majlis pengumuman dan penyampaian hadiah adalah seperti berikut:

Emas: Universiti Kebangsaan Malaysia
Perak : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Gansa: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kategori Pemantun Terbaik:
Emas: Pemantun kedua UKM
Perak: Pemantun pertama UKM
Gangsa: Pemantun Ketiga UKM

Dengan keputusan ini, pasukan UIAM telah menanam semangat yang lebih membara untuk tampil dengan lebih cemerlang dalam arena pantun universiti-universiti Malaysia. Pesta Pantun Bestari, FEStKUM 2010, tunggu kami!! Seluruh Negara Rasakan Gegaran!

Sunday, December 13, 2009

Permainan Warisan

Pada 10 Disember yg lalu, JKKN telah menganjurkan satu pertandingan permainan warisan sempena FEStKUM di UKM, inilah kali pertama permainan warisan dipertandingkan di peringkat MAKUM dan alhamdulillah sambutan yg memberangsangkan telah diberikan oleh semua universiti, antara permainan yg dipertandingkan ialah galah panjang, ketinting, tating lawi, katuk keli, rebut negeri, laga ayam, sepak raga ratus, dan lompat untai gelang getah, UIAM turut menghantar wakil dlm permainan galah panjang, rebut negeri ketinting dan lompat untai gelang getah, para peserta telah berkumpul di kawasan pertandingan seawal 7 pagi, upacara cabutan nombor giliran telah dilakukan oleh semua ketua pasukan, selepas semua cabutan dilakukan, peserta dibawa ke tempat pertandingan mengikut permainan yg disertai, pelbagai ragam manusia dapat dilihat, ada yg bersahaja, ada yg bersungguh sungguh dan ada yg protest selepas tewas, alhamdulillah kami berjaya membawa pulang 2 emas melalui permainan ketinting wanita dan lompat untai gelang getah dan satu perak dalam permainan rebut negeri lelaki, tahniah kepada yg berjaya dan yg kurang bernasib baik, usah bersedih, tahun depan masih ada, terima kasih di atas kerjasama anda dalam menjayakan program ini...

Taaruf week~


Menjelang December, Opocot mak dia! terperanjat aku dibuatnya bila tetiba ade org post kt FB "...tolong standby performer utk show taaruf..." apekes?~ adoi.. ni bala ke rezeki?? dengan berbekalkan sedikit kecekalan... dgn pantas aku menghubungi penggerak bersama... "beb, ade projek besar, taaruf, amacam?" "selambe" jawab beliau.. tunggu apa lagi... sms la setiap presiden kelab... perancangan dibuat.. berbekalkan tunjuk ajar dr cikgu.. maka, pada tanggal 4hb dec.. berlangsunglah show yg memang diharapkan oleh semua kelab dlm usaha mencari bakat2 baru utk digilap... segala perancangan berjalan dgn lancar.. walaupun ade sedikit kecacatan.. lumrah la kan... xde benda yg sempurna.. trimas kepada semua yg memberi kerjasama dlm menjayakan show ni... harap dpt memberikan kerjasama yg lebih baik dlm misi menjayakan IPAC nnt... yeah~