Monday, December 21, 2009

UIAM masih wujud dalam arena Pantun Universiti

Alhamdulillah. Akhirnya Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia telah sampai ke kemuncaknya malam 13 Disember 2009. Majlis yang berlangsung selama 5 hari tersebut telah mengumpulkan seramai 1391 orang pelajar universiti dari 20 buah university seluruh negara. Antara pasukan yang mewakili UIA dalam pertandingan tersebut adalah pasukan PANTUN.

Pasukan pantun ini terdiri dari 4 orang anak seni yang telah bertungkus lumus berlatih dan mempersiapkan diri di medan juang Festkum 2009. Persiapan yang berlangsung selama hampir sebulan itu juga disertai oleh rakan-rakan cultural unit amnya dan khususnya poetry club.

Pasukan Pantun UIAM telah memulakan saingan pantun festkum 2009 pada 10hb disember, iaitu pada hari khamis. 15 buah university mengambil bahagian dalam acara ini. Semua pertandingan berpusat di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya.
Pada hari pertama, dengan busana warna keemasan (milik kelab calempong), pasukan UIAM telah mengharungi pusingan saringan 1, yang mempertemukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaysia Terenganu . pusingan ini ternyata berpihak kepada UIAM. Hari itu diteruskan lagi dgn saringan 2 dimana UIAM melawan Universiti Malaysia Perlis. Perlawanan yang sengit ini juga dimenangi oleh UIAM.

Saingan hari kedua diteruskan dengan pasukan UIAM bertemu pasukan pantun UITM. Alhamdulillah pasukan kita sekali lagi berjaya dan dengan ini tersenarai dalam pasukan yang tersenarai dalam top 8 yang akan bertanding kalah mati dalam pusingan suku akhir. Dalam pusingan suku akhir, pasukan UIAM dengan busana jingga kali ini, melangkah bergaya ke pusingan separuh akhir setelah sekali lagi mengahampakn pasukan UMT .

Hari terakhir saingan Pesta Pantun FEStKUM 2009 menemukan pasukan kita dengan pasukan handalan dari UPSI. Pemantun2 pemantun UPSI yang rata-rata adalah pemantun-pemantun senior yang lebih pengalaman dalam arena pantun MAKUM sedikit menggentarkan. Tetapi dengan semangat yang diberikan oleh semua ahli dan para penyokong, pasukan UIAM akhirnya berjaya mencapai target pasukan, iaitu untuk berlawan di pusingan akhir.

Pusingan akhir Pantun FEStKUM menyaksikan pasukan UIAM bertemu dengan ‘musuh tradisi’ dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan tuan rumah bersama FEStKUM 2009. Perlawanan diadakan di auditorium Kompleks Perdana Siswa UM, pada petang, hari yang sama. Pertandingan diserikan dengan kehadiran Ahmad Fetri Yahya, sebagai jurupantun yang sering menggamatkan dewan dengan aksi dan pantun-pantun yang mengusik para pemantun dan menonton yang hadir.

Keputusan yang rasmi telah diumumkan pada majlis pengumuman dan penyampaian hadiah adalah seperti berikut:

Emas: Universiti Kebangsaan Malaysia
Perak : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Gansa: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kategori Pemantun Terbaik:
Emas: Pemantun kedua UKM
Perak: Pemantun pertama UKM
Gangsa: Pemantun Ketiga UKM

Dengan keputusan ini, pasukan UIAM telah menanam semangat yang lebih membara untuk tampil dengan lebih cemerlang dalam arena pantun universiti-universiti Malaysia. Pesta Pantun Bestari, FEStKUM 2010, tunggu kami!! Seluruh Negara Rasakan Gegaran!

2 comments:

  1. yeah, ayuh kita kembali menggegarkan pantun intervarsiti. Kembalikan zaman kegemilangan pantun UIA!

    ReplyDelete