Sunday, December 13, 2009

Permainan Warisan

Pada 10 Disember yg lalu, JKKN telah menganjurkan satu pertandingan permainan warisan sempena FEStKUM di UKM, inilah kali pertama permainan warisan dipertandingkan di peringkat MAKUM dan alhamdulillah sambutan yg memberangsangkan telah diberikan oleh semua universiti, antara permainan yg dipertandingkan ialah galah panjang, ketinting, tating lawi, katuk keli, rebut negeri, laga ayam, sepak raga ratus, dan lompat untai gelang getah, UIAM turut menghantar wakil dlm permainan galah panjang, rebut negeri ketinting dan lompat untai gelang getah, para peserta telah berkumpul di kawasan pertandingan seawal 7 pagi, upacara cabutan nombor giliran telah dilakukan oleh semua ketua pasukan, selepas semua cabutan dilakukan, peserta dibawa ke tempat pertandingan mengikut permainan yg disertai, pelbagai ragam manusia dapat dilihat, ada yg bersahaja, ada yg bersungguh sungguh dan ada yg protest selepas tewas, alhamdulillah kami berjaya membawa pulang 2 emas melalui permainan ketinting wanita dan lompat untai gelang getah dan satu perak dalam permainan rebut negeri lelaki, tahniah kepada yg berjaya dan yg kurang bernasib baik, usah bersedih, tahun depan masih ada, terima kasih di atas kerjasama anda dalam menjayakan program ini...

No comments:

Post a Comment