Tuesday, January 5, 2010

Kita Adalah Keluarga

"tidak Allah jadikan kamu berpuak-puak dan berkaum-kaum hanyalah demi menjalinkan silaturrahim"

kita adalah satu keluarga ICU IIUM,jadi sebagai keluarga,kita sewajarnya menjadikan setiap kelab dan kumpulan yang ada dalam ICU IIUM ini sebagai medium untuk jalinan ukhuwwah dan juga silaturrahim yang pada pandangan saya nadi kekuatan yang kita sedang laungkan.

Pilihan untuk terus berpuak-puak dalam ICU adalah satu pilihan yang tidak tepat,dan saya rasa semua ahli ICU menyedari betapa objektif kewujudan ICU adalah amat murni,demi menjadikan cultural unit iium ini sebagai teras dan panji bersatunya penggiat seni di uia ni..

teguran dan komen boleh sahaja dilihat pada setiap segi,jika kita suka dengan teguran tersebut,kita akan melabel teguran itu sebagai teguran membina,jika kita tidak sependapat,kita boleh juga melabelkan teguran itu satu kritikan yang mahu menjatuhkan..walhal,pada asasnya, setiap yang dilontarkan hanyalah sekadar pandangan dan ulasan dari kacamata keluarga besar ICU IIUM.

Saya secara ikhlasnya melihat ini dalah satu keperluan bagi kita-"melihat dari semua sudut dan aspek yang membina", terkadang berkata benar walaupun pahit wajar sangat kita budayakan untuk melahirkan satu generasi ICU IIUM yang berkebolehan dari semua segi dan aspek.

Sebagai seorang penggiat seni budaya,secara peribadi, saya sudah mengukir nama diluar sana,bukanlah mahu membongkakkan diri dengan kenyataan tersebut,namun,saya masih melihat bahawa ICU IIUM sebagai medium untuk saya pertingkatkan diri demi menjulang nama UIA yang kita selalu katakan kita sayang padanya.

Jika kita mahu membina satu kumpulan tentera yang kuat dan utuh dari dalam dan luar pasukan,kita juga perlu menilai diri kita dari kacamata kawan dan lawan.

sepatutnya semua komen dan pandangan kita ambil sebagai satu aspek positif untuk membina seratus tapak kehadapan yang kita mulakan langkah pertama selama ini. Langkah pertama yang kita katakan kita mulakan tersebut mampukah menjadi jalan yang sama untuk generasi yang akan datang 10 tahun selepas kita?

Jadi,wahai semua ahli ICU IIUM, mari kita bergerak bersama, membina satu jenama yang tidak pernah wujud dalam semua budaya dunia..-Sang Saka

No comments:

Post a Comment