Friday, November 13, 2009

Family Day ~

Alhamdulillah, akhirnya segala perancangan Cultural Unit Family Day berjalan dgn jayanya. Ribuan terima kasih kepada sumua yg terlibat dalam menjayakan program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh kerjasama Kelab Gamelan dan Dikir Barat. Program yang berlangsung pada 4 Oktober 2009 ini dimulakan dengan permainan traditional seperti galah panjang, sepak raga dan macam-macam lagi.



Peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi nama menggunakan nama-nama kuih-muih tradisional seperti badak berendam dan batang buruk. Walaupun pelbagai permainan telah dirancang oleh pihak penganjur tapi malangnya tidak semua permainan berjaya dimainkan. Walaubagaimanapun, semua peserta berpuas hati dan apa yang paling penting adalah semua peserta bergembira disamping mengeratkan lagi ukhwah antara mereka.

Pada sebelah malamnya pula diadakan jamuan hari raya yg dihadiri oleh ahli-ahli unit kebudayaan UIAM, Puan Norliza Che Hasan, Pegawai Unit Kebudayaan UIAM dan suami dan juga Abg Nizam. Aktiviti pada malam itu semuanya diadakan secara spontan, tanpa perancangan mahupun skrip. Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan kepada yang tidak terlibat usah berduka, tahun depan masih ada lagi...




IIUM Cultural Unit Family Day 09 - success!~ =)

No comments:

Post a Comment